in ,

Burung Gagak Bertukar Jadi Gorila ?

JEPUN – Lagak seekor burung gagak seakan  seekor gorila tular di media sosial. Video yang dirakam  oleh Keita Simpson di Nagoya meraih 10.9 juta tontonan di Twitternya

Perbuatan burung gagak itu menimbulkan kekeliruan kepada netizen yang menyamakan ia dengan seekor gorila.

Contoh gambaran seekor gorila

Memetik laporan Newsweek, Keitaro mengatakan bahawa dia terkejut kerana pertama kali melihat burung gagak itu kerana seakan seperti ‘zombie’ tetapi bila diamati lebih beberapa minit, ia menajukbkan.

Netizen yang komen berasa burung gagak itu sangat lucu dan tidak menyangka haiwan itu boleh melakukan gaya luar biasa.

Sementara itu, seorang pakar Kaely Swift berkata, burung gagak memang boleh ditemui dengan gaya tersebut.

“Ini adalah burung gagak paruh besar sebab itulah wajahnya kelihatan tidak sekata. Perlakuannya itu adalah ia sedang berjemur dengan menurunkan sayap serta ekornya untuk mengurangkan bakteria dank utu pada bulunya”

“Jika gambar dirakam pada sudut yang tepat, ekor dan kaki burung ini kelihatan seperti telah hilang,” katanya.

Ditulis oleh FUZZ

Otai dunia kewartawanan. Pemenang Anugerah Kewartawanan Majalah Institut Akhbar Malaysia bagi artikel 'Puteri Gunung Ledang'..... No gosip, no fun! Got Gosip... Oops!!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Yang di-Pertuan Agong Turun Lokasi Kejadian

Tiga Warga Asing Menggunakan Teknik Pukau