in

Yang di-Pertuan Agong Turun Lokasi Kejadian

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempat turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa, di sini, hari ini.

Al-Sultan Abdullah yang berpakaian sut hitam bertanyakan sesuatu kepada pemandu kereta jenis Perodua Alza, Jasliza Jamil, 38, yang dilihat tidak mengalami kecederaan serius tetapi dalam keadaan terkejut dan tangan menggeletar.

Baginda turut menawarkan untuk membawa mangsa ke hospital. Mangsa mengambil keputusan untuk ke balai polis terlebih dahulu.

Selepas itu, Baginda teruskan perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Istana Melawati.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, ketika dihubungi berkata, “kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi ketika mangsa yang memandu di lorong kiri dari Gombak dalam perjalanan ke tempat kerjanya, di Presint 2”.

“Kejadian berlaku ketika hujan dengan keadaan jalan basah dan licin. Kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelum naik ke pembahagi jalan”.

“Tidak lama kemudian, konvoi Yang di-Pertuan Agong melalui lokasi kejadian”.

“Baginda turun untuk melihat dan bertanyakan keadaan mangsa selama beberapa minit sebelum Tuanku meneruskan perjalanan ke Istana Melawati,” katanya.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Potonglah Tangan Aku Cepat !”

Burung Gagak Bertukar Jadi Gorila ?