TEMERLOH, 20 Jun – Sebuah bas sekolah terjunam ke gaung di Kuala Krau menyebabkan seorang daripada lapan pelajar Orang Asli parah manakala yang lain cedera ringan
Kejadian 3.30 petang itu, mangsa parah Ellyka Liew Mew Chong, 14, mengalami kecederaan di kepala serta kaki dan masih menerima rawatan di Hospital Sultan Panderas Haji Ahmad Shah (HoSHAS).
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmod berkata, tujuh lagi mangsa yang cedera adalah Shaiful Sharil, 17, Norzamela Dollah, 15, Natasya Aliani Kuan, 15, Zainurin Vivielian Zainudin, 14, Nadirah Julei, 14, Raimi Ranti, 15, dan Faridah Nasir, 14.
Siasatan awal mendapati, bas yang dipercayai dinaiki pelajar itu dalam perjalanan ke Kampung Pian dari SMK Kuala Krau mengalami masalah teknikal dan mengundur ke belakang lalu terbalik sebelum terjunam ke gaung.
Mangsa yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Kuala Krau.
Katanya, polis juga sedang mengesan pemandu bas yang dipercayai menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
GIPHY App Key not set. Please check settings