Irama nasyid masih menjadi siulan ramai biarpun banyak genre lain yang lebih dekat dengan jiwa anak muda hari ini. Bahkan perjuangan muzik nasyid masih kekal relevan dan bersifat malar segar.

Untuk mengubat kerinduan peminat, barisan artis nasyid terhebat iaitu Hijjaz, Inteam, Unic dan Mestica bergabung menerusi Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM.

Berdurasi selama tiga jam, konsert reunion ini akan berlangsung pada 20 April 2019, jam 8.30 malam di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Konsert yang dianjurkan oleh KGM Event dan mendapat sokongan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menganggkat tema ‘Terima Kasih’ sebagai simbolik kepada penyatuan konsert ini.

Trivia Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM

1. Sebahagian daripada hasil kutipan konsert ini bakal disalurkan kepada tabung bantuan untuk meringankan beban pelajar-pelajar UIAM yang kurang berkemampuan dan dana sosial yang digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ‘Kengkawan Project’ bagi tujuan bantuan kemasyarakatan.

2. Konsert ini juga bakal mendapat sentuhan pemuzik berpengalaman tanah air, Along Exist & Friends yang bakal mengiringi persembahan secara langsung.

3. Persembahan istimewa daripada bekas anggota kumpulan Unic, Fitri Haris, Suhaimi Saad (Inteam), Hafiz Hamidun (Unic) dan Fadzli Aziz (Unic).

4. Penonton juga bakal disajikan dengan persembahan Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014), kumpulan Zero.

MAHMUD FAHRURRAZEY, PENGARAH KGM EVENT

Kami berharap konsert penyatuan ini bakal berlangsung dalam suasana gemilang seperti yang dirancang sekaligusmembekaskan impak yang mendalam. Jadi, jangan tunggu lagi. Dapatkan tiket segera dan datang beramai-ramai bersama sahabat handai dan seisi keluarga kerana para peminat bakal dijanjikan denganpengalaman menonton yang mempersonakan.” –Mahmud Fahrurrazey, Pengarah KGM Event

Tiket-tiket konsert dijual dengan harga bermula RM15 hingg RM60 sahaja. Pembelian tiket VIP akan menerima pas istimewa meet and greet.

Tiket boleh dibeli secara terus menggunakan aplikasi Whatsapp di talian 017-2833449.

Untuk maklumat lanjut, layari @konsertamal4nomena (Instagram) dan konsertamal4nomena (Facebook).

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari