Haneesya Hanee menepati ramalan ramai pihak apabila berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019.

Gadis dari Kuala Lumpur berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir.

Tia Sarah, 18 dari selangor menyandang naib juara manakala Sherin Amiri, 23 dari Selangor berada di tempat ketiga.

Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berada di tempat kelima.

Gelaran Dewi Favourite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja dimenangi oleh Arena Iman.

Peserta dari Kelantan, Aween Ismail yang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan pula menyandang gelaran Dewi Inspirasi.

Mahkota kemenangan disampaikan oleh Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose.

Haneesya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.

12 orang peserta telah bertanding selama 7 minggu sebelum 5 peserta dipilih untuk bersaing diperingkat akhir.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari