Ayda Jebat baru-baru ini meluangkan masa untuk bertemu pelanggan Gintell dan peminatnya di Putrajaya.

Menyambung kontrak sebagai duta Gintell, penjual barangan kesihatan ini juga memperkenalkan produk terbarunya – treadmill Gintell CyberTREK.

Treadmill dengan paparan skrin sesentuh LED bukan sahaja boleh dilipat bagi mudah disimpan, malah boleh memainkan muzik.

Hadir dengan rekabentuk moden dan 4 warna, CyberTREK bukanlah treadmill biasa anda.

Ayda turut meluangkan masa bersama peminat dan sempat menyampaikan 2 buah lagu bagi menghibur hadirin.

Gintell CyberTREK boleh didapati dari serendah RM110.78 sebulan.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari