Siti Nurhaliza Jual 20,000 Periuk Dalam Masa 2 Jam

Pembeli bertuah juga berpeluang untuk memenangi tiket konsert ‘Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour’

0
501

Berjaya menjual 20,000 periuk ‘Vantage’ dalam tempoh 2 jam, Dato’ Sri Siti Nurhaliza umum peraduan eksklusif untuk pelanggan Go Shop menangi tiket Platinum konsertnya di Kuala Lumpur.

Siti tampil dalam program siaran langsung Go Shop untuk melancarkan koleksi periuk ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro.

Hos Go Shop Hazim Shauki, Dato' Sri Siti & Cef Kamarudin
Hos Go Shop Hazim Shauki, Dato’ Sri Siti & Cef Kamarudin.

Program tersebut dihadiri 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk ‘Vantage’ edisi khas Siti Series di Go Shop.

Siti turut menghiburkan pemenang bertuah dengan tiga lagu kegemarannya, ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyampaikan 3 buah lagu.

Menariknya lagi, ia merupakan program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama disiarkan.

Pada masa yang sama turut berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di Go Shop sepanjang 2 jam masa bersiaran!

Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan!

Di samping itu, Siti turut mempamerkan bakat memasak dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’.

Para penonton di studio dapat merasa air tangan dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

‘Vantage’ edisi terhad Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Siti dalam ukiran laser.

Menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Pembeli bertuah edisi Siti Series akan memenangi sepasang tiket Platinum konsert ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’

Koleksi khas ini dijual untuk masa yang terhad. Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.my atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan.

Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari