Menurut laporan eksklusif Gempak.com, isteri kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi mengesahkan mereka sudah berpisah baru-baru ini.
Menurut Nadia lagi, Tauke menceraikan dirinya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp ketika dia berada di kampung.
“Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baru.
“Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga,” kata Nadia ketika dihubungi Gempak.
Nadia turut memberitahu, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga.
Selama ini, Nadia banyak bersabar kerana memikirkan soal rumahtangga dan anak.
Namun sabarnya diibaratkan sebagai sudah habis walaupun Tauke ada mencuba untuk berbaik denganya.
Menurut Nadia, Tauke sememangnya mempunyai ramai kawan wanita, dan ini menyebabkan kegiatan tauke sukar dikesan.
Namun sejak kebelakangan ini Tauke dilihat mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari negara seberang.
“Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut.
“Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.
“Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-‘mention’-kan di Instagram milik Tauke.
“Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke.
“Kami bergaduh dan akhirnya, perpisahan yang dipilih,” katanya kepada Gempak.
Lapor Gempak lagi, Nadia juga akan membawa kes ini ke mahkamah dalam masa yang terdekat.
Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober 2018.
GIPHY App Key not set. Please check settings