KUALA LUMPUR, 5 Januari – Datuk Rosyam Nor, 51, sedih apabila digelar ‘barua’ dalam pelaburan pasar raya ST Rosyam Mart.

Menurutnya lagi, niat asal untuk membantu masyarakat mendapatkan barangan lebih murah dipertikaikan apabila ada pihak menyebarkan fitnah.

SSM ST Rosyam Mart yang tular menunjukkan Rosyam Nor sebagi pemilik 10% saham syarikat.

“Saya sedih dan keluarga saya juga malu dengan tuduhan dilemparkan. Sedangkan, saya mempunyai 10 peratus saham dalam ST Rosyam Mart.

“Perkataan ‘barua’ yang digunakan mereka cukup menyedihkan saya dan keluarga. Jika ungkapan lain yang digunakan, saya masih boleh menerimanya.

“Saya sedih kerana niat saya mahu membantu masyarakat (membeli barangan murah), tetapi lain pula jadinya,” kata pelakon itu pada sidang media khas hari ini.

Turut hadir, pemilik Sri Ternak Group Sdn Bhd, Ho Ah Chai, dan pengarahnya, Datuk Raymond Ho Cheng Hann.

Dalam pada itu, Rosyam menjelaskan, 89 peratus ST Rosyam Mart adalah milik Raymond, manakala satu peratus lagi dimiliki Alan Ho Cheng Yek.

ST Rosyam Mart

Kisah ini tular bila beberapa individu mendakwa pasar raya berkenaan dimiliki pengusaha Tionghua dan Rosyam hanya menjadi duta bagi tujuan menarik perhatian pelanggan disebar baru-baru ini.

Malah, individu terbabit turut menuduh pemilik Sri Ternak bukan sekadar berniaga ayam, tetapi juga mengedar dadah.

Sementara itu, Rosyam berkata, beliau sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan terbabit di Balai Polis Jalan Tun Razak.

Katanya, dakwaan berkenaan mencemarkan namanya dan pada masa sama memburukkan reputasi Sri Ternak yang sudah menjalankan perniagaan runcit sejak 70 tahun lalu.

“Saya malu apabila Sri Ternak dituduh bukan-bukan apabila menjalinkan kerjasama dengan saya, sedangkan sebelum ini nama mereka bersih tanpa cercaan,” – Rosyam Nor.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari