Shuk Dan Jihan Senang Terhibur Di Tahun Baharu!

Shuk Sahar dan Jihan Muse bergabung dalam rancangan komedi realiti baharu tahun ini.

0
454

Apakah yang meletup sekiranya seorang pelawak wanita yang besar bakatnya bergabung dengan seorang pelawak yang besar perutnya?

Tahun 2019 ini, Shuk Sahar dan Jihan Muse bakal kendalikan Senang Terhibur, sebuah rancangan bual bicara mereka sendiri mengisi malam minggu penonton bermula 6 Januari pada pukul 11 malam.

Setiap episod akan bermula dengan sebuah nyanyian parodi oleh Shuk dan Jihan yang akan berakhir dengan kemunculan artis jemputan.

Shuk & Jihan muncul dalam rancangan lawak terbaru - Senang Terhibur.
Shuk & Jihan muncul dalam rancangan lawak terbaru – Senang Terhibur.

Antara artis jemputan yang akan menghiburkan para penonton ialah Izzue Islam, Erwin Dawson, Elly Mazlein, Amy Mastura, Ara Johari, Azrel Ismail, Nadia Brian, dan ramai lagi.

Segmen kedua dinamakan Tahan! Tahan! Tahan! Dimana tetamu jemputan akan berentap sesama mereka dan perlu menahan ketawa daripada aksi-aksi lucu yang dilakukan oleh Jihan dan Shuk.

Selebriti yang kalah akan didenda dengan makanan-makanan aneh seperti otak lembu, telur mentah, wasabi dalam nasi himpit, set sirih dan banyak lagi.

Izzue Islam dalam salah satu cabaran Senang Terhibur.
Izzue Islam dalam salah satu cabaran Senang Terhibur.

Pada segmen ketiga, para tetamu jemputan perlu menggunakan kreativiti mereka bersama Shuk dan Jihan. Dalam segmen ‘Double Terabur’ ini, mereka akan lakonkan sebuah sketsa secara spontan.

Erwin Dawson mencuba cabaran yang diberi dalam Senang Terhibur.
Erwin Dawson mencuba cabaran yang diberi dalam Senang Terhibur.

Dalam Segmen keempat dan terakhir, Shuk dan Jihan akan memperkenalkan segmen ‘Adlib’ atau ‘Karok Kaw’. Dalam segmen Adlib, selebriti jemputan akan diajukan soalan rambang dan jawapan mereka perlu digunakan dalam persembahan sketsa mereka.

Cabaran-cabaran akan berbeza-berbeza setiap episod.

Dengan menyajikan pelbagai segmen-segmen menghiburkan ini, Senang Terhibur akan membuat anda tidak kering gusi bersama Shuk dan Jihan.

📺 SENANG TERHIBUR
📅 Setiap Ahad
⏰ 11.00 mlm
Bermula 6 Januari 2019 di TV3

Lagi video menarik di YouTube Channel F8Buzz

Like kami di Facebook F8Buzz
Follow kami di Twitter F8Buzz
Follow kami di Instagram F8Buzz

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari