Elfira Loy Nikah Di Pagi Tahun Baru

Dalam entri terbaharu di laman Instagram peribadinya sekitar setengah jam lalu, Elfira memuat naik foto beserta kapsyen bertulis Álhamdulillah'.

0
343

CYBERJAYA, 1 Januari – Pelakon, Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu ini.

Pasangan itu bergelar suami isteri selepas mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Dalam entri terbaharu di laman Instagram peribadinya sekitar setengah jam lalu, Elfira memuat naik foto beserta kapsyen bertulis Álhamdulillah’.

View this post on Instagram

Alhamdulillah ✨

A post shared by 25 | 🇲🇾 | Married lol (@elfiraloy) on

Tiada sebarang info lanjut mengenai majlis pernikahan itu yang dikongsi dengan peminat-peminatnya.

Selain majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi, pasangan itu juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari.

Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan
Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan.
Pelamin di majlis pernikahan Elfira
Pelamin di majlis pernikahan Elfira. | Foto. emma.ramli.3
Elfira Loy Nikah
Elfira Loy.

Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.

Elfira juga memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.

Tahniah Elfira dan suami.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari