in

Buletin Utama Berwajah Baharu Dengan Pengisian Lebih Mantap Di 2019

Buletin Utama Logo Baru Pembaca Berita

PETALING JAYA, 1 Januari 2019 – Program berita paling tinggi tontonannya, Buletin Utama serta semua slot berita TV3 termasuk Nightline berwajah baharu bagi tahun 2019.

Bertemakan ‘Merakyatkan Berita’, buletin TV3 mengembalikan format berita dari orang awam untuk orang awam menerusi liputan khas, di semua platform siaran -televisyen dan media sosial.

Pembaharuan termasuk dari segi kandungan, logo, muzik montaj, rekaan studio serta visual latar belakang baharu. Antara kandungan menarik ialah segmen ‘Aduan Rakyat’ yang popular suatu ketika dahulu, kembali ke Buletin Utama (BU).

Logo Baru Buletin Utama TV3
Logo Baru Buletin Utama

“Program berita harus melaksanakan peranannya untuk menyampaikan maklumat, mendidik dan menghibur. Wartawan penyiaran harus merasai denyut nadi rakyat dan menyampaikan berita yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat.

“Oleh itu, kami kembalikan Aduan Rakyat, khas untuk orang ramai yang ingin mengajukan aduan mereka ke perhatian pihak berkuasa melalui platform tv atau saluran Youtube, Facebook atau Twitter kami. Selain itu, segmen Apa Khabar YB akan memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat pemimpin kerajaan yang baharu,” – Datuk Manja Ismail.

Orang ramai juga boleh mengemukakan aduan menerusi e-mel aduanrakyat3.0@tv3.com.my. Isu yang akan dipaparkan termasuk berkaitan kemudahan awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

TV3 juga menampilkan beberapa wajah baharu sebagai pembaca berita tetap dalam slot Buletin Utama, Buletin Pagi, dan Nightline. Antara wajah baharu ialah Nik Munirah, Fatin Hamimah, Ramzan Mohd Saufi, dan Naquia Basharudin. 

Buletin Utama Pembaca Berita Nik Munirah, Fatin Hamimah, Ramzan Mohd Saufi, dan Naquia Basharudin.
Wajah Baharu Buletin Utama – Ramzan Mohd Saufi, Fatin Hamimah, Nik Munirah dan Penerbit Eksekutif Mior Abdul Malek Raiyani.

Detik Niaga pula akan menumpukan kepada laporan kejayaan usahawan tempatan serta produk unik yang dihasilkan usahawan kecil dan sederhana.

Buletin TV3 diterajui oleh empat Penerbit Eksekutif iaitu Badrul Hisham, Mohd Khairizal, Noorzati Mohd Arish dan Mior Abdul Malek Raiyani.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pereka Fesyen Kate Spade Tinggal Nota Untuk Anak Sebelum Bunuh Diri

Gempa Bumi Lombok Indonesia

Lombok Utara Dilanda Gempa Bumi Di Malam Tahun Baru