in ,

PRU 14 : Terengganu Kembali Milik PAS

KUALA TERENGGANU – Terengganu kini milik PAS selepas parti Islam tersebut memenangi 21 kerusi negeri yang ditawarkan, cukup untuk majoriti mudah dari 32 kerusi.

PAS juga memenangi enam daripada lapan kerusi parlimen, dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan kerusi Parlimen Marang dengan majoriti lebih daripada 20,000.

Beliau tidak bertanding di kerusi negeri kali ini, yang membuatnya tidak layak menjadi Menteri Besar.

Kali terkahir PAS memerintah Terengganu adalah pada tahun 1999.

Mantan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berjaya mempertahankan kerusi Seberang Takirnya.

Ia adalah kekalahan yang amat dahsyat untuk Pakatan Harapan di Terengganu kerana ia gagal memenangi satupun kerusi daripada 40 yang dipertandingkan.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu yang dimenanginya dalam PRU13 sebagai calon PAS.

Ahmad Amzad Mohamed menewaskan Raja Kamarul Bahrin dan Datuk Wan Nawawi Wan Ismail Barisan dengan majoriti lebih daripada 14,000.

Anak lelaki Abdul Hadi, Muhammad Khalil, yang juga Ketua Pemuda PAS, juga memenangi kerusi DUN Batu Buruk untuk PAS.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh mengekalkan kerusi Parlimen Besut untuk Barisan.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

PRU 14 : Mahathir Dakwa Putrajaya Sudah DiTawan

PRU 14 : DAP Menang Besar Di Pulau Pinang, Pakatan Harapan Kekal Memerintah