in ,

PRU14 : SPR ‘Sangat Lembap’

TENG Chang Yeow, menegur SPR kerana 'lembap' mengendalikan proses pengundian PRU-14. - foto. Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ‘lembap’ mengendalikan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14.

Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Tanjong Bungah itu berkata, pengundian berjalan dengan “sangat perlahan”, terutama di kawasan Parlimen Bukit Bendera, yang dikendalikan kakitangan Pejabat Tanah Daerah Timur Laut.

“Di dewan atau saluran tertentu, hanya seorang pemilih membuat pengundian pada satu-satu masa, walaupun dua petak mengundi disediakan.

“Saya rasa terlalu ramai pegawai baharu yang mengendalikan tempat itu,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di pusat pengundian di Cawangan Sekolah Kebangsaan St Xavier, di sini.

Beliau berkata, walaupun ramai pemilih hadir pada sebelah pagi, mereka diminta beratur dalam satu barisan dan itulah yang menyebabkan barisan menjadi begitu panjang serta memaksa sesetengah pemilih berdiri dalam panas terik.

Chang Yeow, yang juga Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, menggesa pihak berkuasa menyiasat panggilan telefon palsu yang dilapor diterima banyak pemimpin politik dan calon.

Beliau mendakwa turut menerima panggilan itu petang semalam, tetapi tidak menjawabnya kerana nombor yang tidak dikenali itu ketara berasal dari luar negara.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

PRU 14 : Semua Pusat Mengundi Tutup Tepat Jam 5 Petang

PRU 14 : Mahathir Dakwa Putrajaya Sudah DiTawan