in ,

Chubb-E Juara Ceria Megastar – Highlight Konsert Akhir | VIDEO

Chubb-E, anak kelahiran Sabah dinobat sebagai juara Ceria Megastar yang berlangsung Jumaat lalu.

Mempersembahkan Khazanah Dari Malaya nyanyian asal Ayati Tasrip, Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Shahrul Ashlyn Ag Ashrul Affandy yang berusia 19 tahun berjaya membawa pulang hadiah RM20,000 beserta trofi.

Manakala naib juara disandang oleh Hazury yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan sebuah trofi. Hazury menyampaikan lagu Fantasia Bulan Madu, dendangan asal kumpulan Search.

Kumpulan duo Warissa yang dianggotai oleh Erissa dan Wafiy berjaya menduduki tempat ketiga. Membawakan lagu nyanyian asal Meet Uncle Hussein, Laguku Untukmu, Warissa membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 beserta trofi.

Tempat keempat dan kelima jatuh kepada peserta Vanessa dan Iqbal membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 dan RM5,000 beserta sebuah trofi.

Di konsert akhir, Vanessa membawakan lagu Bunga nyanyian asal Ara Johari. Sementara itu Iqbal membawakan lagu yang pernah dipopularkan oleh Haqiem Rusli, Segalanya.

Juri menentukan markah sebanyak 50 peratus, 50 peratus lagi datangnya daripada undian online dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Datuk Aznil Nawawi dan Johan bertindak selaku juri tetap manakala Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu dijemput sebagai juri undangan.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad, konsert Ceria Megastar yang bersiaran setiap Jumaat bermula 2 Mac lalu disiarkan di Astro Ceria, Astro Prima, Astro Maya HD dan Astro GO.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Wilqadry Janjikan X Factor Di Resepsi Dynas & Shazrik

Majlis Resepsi Dynas Mokhtar & Shazrik Din | Highlight | VIDEO