in ,

Tun Dr Mahathir Bertanding Di Langkawi

tun dr mahathir

LANGKAWI – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada PRU ke-14 sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu akan bertanding dalam persaingan tiga penjuru menentang penyandang dari Barisan Nasional (BN) Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS Zubir Ahmad.

PEGAWAI Pengurus Pilihanraya Langkawi, Muhamad Arof Darus (dua dari kanan) mengumumkan calon bagi Parlimen P004 Langkawi, Bekas Perdana Menteri yang juga calon Parti Keadilan Rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamad (dua dari kiri), Calon Barisan Nasional, Datuk Nawawi Ahmad (kanan), dan Calon PAS, Zubir Ahmad, selepas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon sempena Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Langkawi, di Kuah. – foto. Mohamad Shahril Badri Saali/BH

Menurut Berita Harian lagi, pada usia 93 tahun, Dr Mahathir adalah calon tertua yang bertanding pada PRU-14.

Nawawi akan mempertahankan kerusi itu untuk penggal kali kedua.

Pengumuman rasmi pencalonan mereka dibuat oleh Pengawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi Muhamad Arof Darus pada jam 11.30 pagi selepas tempoh bantahan ditutup.

Nawawi memenangi kerusi itu pada PRU-13 lima tahun lalu selepas menewaskan calon PKR Ahmad Abdullah dan calon Bebas Marina Hussein dengan majoriti 11,861 undi.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Azwan Janji Henti Hentam Azmin, Fokus Kebajikan Pengundi

Bekas Ratu Cantik Calon Warisan Di Kiulu