KUALA LUMPUR – Bendahari PKR, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew diterima sebagai calon untuk kerusi Parlimen Wangsa Maju selepas keadaan tegang apabila MyKad miliknya tertinggal di rumahnya di Subang Jaya.
Seorang lelaki memakai pakaian seragam PKR dari kem Tan yang datang pada minit akhir sebelum 10 pagi untuk bertanding sebagai calon bebas sekiranya penamaan Tan ditolak, juga menarik balik pencalonannya.
Beliau menarik balik pencalonannya apabila diberitahu bahawa pencalonan Tan diterima oleh Pegawai Pengurus Sulaiman Mohamad.
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Yew Teong Look dan calon PAS, Razali Tumirin telah mengajukan bantahan kepada SPR dan mereka telah menerimanya.
Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram
GIPHY App Key not set. Please check settings