in ,

Shafie Apdal Lawan Sepupu Nasir Sakaran Di DUN Senallang

CALON Parti WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal mendaftar pencalonan Pilihan Raya Umum Ke-14, di Dewan Masyarakat Semporna. - foto Khairull Azry Bidin/BH

SEMPORNA – Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menentang sepupunya, Datuk Seri Nasir Sakaran dari Barisan Nasional dalam saingan satu lawan satu bagi kerusi DUN Senallang menurut laporan Berita Harian.

Calon Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT), Mohd Zakaria @ Md Jakaria Jakarullah yang turut mengemukakan pencalonan bagi kerusi ini ditolak selepas pencadangnya bukan pengundi di DUN berkenaan.

Sementara itu, bagi Parlimen Semporna ia menyaksikan saingan empat penjuru.

Penyandang kerusi sejak 1995, Mohd Shafie dicabar oleh calon BN, Datuk Ramlee Marahaban, selain Asmara Asmad (HARAPAN RAKYAT) dan Abdul Nasir Ab Rauf (PAS)

Bagi kawasan DUN Sulabayan, menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan penyandangnya, Datuk Dr Jaujan Sambakong (WARISAN) yang dicabar calon BN, Datuk Harman Mohamad selain Utung Tanjung Baru (HARAPAN RAKYAT) dan calon PAS, Abdul Nasir Ab Rauf.

DUN Bugaya pula menyaksikan saingan enam penjuru antara calon BN, Datuk Razak Sakaran; calon WARISAN, Manis Muka Mohd Dara, disamping calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Kulli Malaram; wakil Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Mohammad Said Tiblan, Mahamod Sarahil (PAS) dan calon Bebas, Abd Muksin Mohamad Hasan.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pencalonan Tian Chua DiTolak Di Batu

Rafizi Dan Khairy Berperang Di Twitter Kerana Pembatalan Di Rantau