KUALA LUMPUR – Pencalonan Naib Presiden PKR, Tian Chua, bagi bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut Berita Harian, Penolakan permohonan Tian Chua itu berikutan satu kes Mahkamah Shah Alam pada tahun 2013. Keputasan dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Anwar Mohd Zain.
Tian Chua yang mempertahankan Parlimen Batu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2016 kerana membuat kenyataan berunsur hasutan di satu forum pada 2013 dan dikenakan hukuman 3 bulan penjara dan denda RM1,800.
Pihak pendakwaan sudah memfailkan rayuan untuk meningkatkan hukuman itu.
Terdapat empat orang lagu calon untuk kawasan tersebut: Datuk Dr Dominic Lau dari BN-Gerakan, Azhar Yahya, ketua PAS batu dan dua calon bebas, P. Prabakaran dan S. Raja Panjamurthy.
Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram
GIPHY App Key not set. Please check settings