in ,

Mohamad Hasan Menang Tanpa Bertanding DUN Rantau

CALON Dun Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga dari kanan) bersama Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta calon calon lain berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Rembau bagi Pilihan Raya ke 14. - foto. Hazreen Mohamad/BH

SEREMBAN – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan, sah menang tanpa bertanding.

Menurut Berita Harian, aanya disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rembau P131, Amino Agus Suyub.

Perkara ini berlaku apabila calon PKR, Dr S Streram, gagal menghantar borang penamaan calon di pusat penamaan calon di Dewan Sri Rembau di sini, hari ini.

Difahamkan, calon PKR itu tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai pas calon, manakala pencadang serta penyokongnya turut tidak dibenarkan masuk ke dewan itu kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BERLAKU sedikit kekecohan apabila calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram yang tiada pas calon cuba merempuh masuk bersama penyokongnya ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau, Rembau, Negeri Sembilan. – foto. Hazreen Mohamad/BH

Mohamad yang mula bertanding di kerusi itu dalam PRU-11 pada 2004, menewaskan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dengan majoriti 6,199 undi.

Beliau mengekalkan rekod cemerlang dengan menewaskan calon wanita PKR, Aishah Lamsah, dua kali berturut-turut iaitu pada PRU-12 dan PRU-13, masing-masing dengan majoriti 4,613 undi dan 3,783 undi.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

BGR Restaurant – Makan Kat Mana? | VIDEO

Pencalonan Tian Chua DiTolak Di Batu