http://www.facebook.com/f8buzz
in ,

Majlis Penganugerahan Sijil Khas Program AMCHAM-USAINS HRDF INBASE 2018

USAINS Holding menjadi tuan rumah majlis penyerahan sijil untukk menghargai 298 peserta yang berjaya dalam kursus INBASE.

Kursus-kursus ini yang ditaja PSMB adalah untuk penambah baikan dan kursus lanjutan untuk profesional kejuruteraan dan juga graduan Sarjana Sains (Rekabentuk Sistem Elektronik Kejuruteraan) yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia.

PSMB telah memberi dana sebanyak RM33.3 juta kepada AMCHAM yang telah melantik USAINS Holding untuk menjalankan program pensijilan berdasarkan industri (INBASE) untuk menggerakan industri E&E lebih tinggi dalam rantai nilai rekabentuk dan pembangunan.

PSMB merupakan organisasi di bawah Kementerian Sumber Manusia dan ditubuhkan pada 1993. Dikenali sebagai Human Resources Development Fund atau HRDF di dalam Bahasa Inggeris.

Di bawah Akta PSMB 2001, PSMB diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk memacu pembangunan tenaga kerja yang akan menyumbang kepada visi negara untuk menjadi ekonomi perpendapatan tinggi.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Malaysia Akhiri Cabaran Sukan Komanwel Dengan 7 Emas

Shakila, DJ Dave, Serina Meriahkan Kejohanan Badminton Amal | VIDEO