PUTRAJAYA, 10 April – Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumkan perkara itu berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.
“Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.45 malam 8 April,” katanya semasa mengumumkan tarikh-tarikh penting PRU14 pada sidang akhbar khas yang turut disiarkan secara langsung di RTM, di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Pada PRU13 lepas, tempoh berkempen yang ditetapkan ialah selama 15 hari.
Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan 11 April.
Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram
GIPHY App Key not set. Please check settings