in ,

Persenda Islam di FB, Vivian Lee Terlepas Hukuman Penjara

KUALA LUMPUR, 10 April – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan hukuman penjara lima bulan 22 hari ke atas Vivian Lee May Ling yang didapati bersalah mempersenda umat Islam dan kemuliaan Ramadan, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan wanita berkenaan untuk menggantikan hukuman penjara dengan denda.

Hakim juga menolak rayuan pendakwaan untuk memanjangkan tempoh pemenjaraan daripada lima bulan 22 hari kepada penjara setahun.

Posting yang menjadi punca kemarahan ramai pihak.

Pada 27 Mei 2016, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan 22 hari terhadap Vivian selepas wanita tersebut didapati bersalah atas pertuduhan itu.

Vivian, 29, yang diwakili peguam Chong Joo Tian juga berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar jumlah denda yang ditetapkan.

Hakim turut menasihatkan Vivian agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa depan dan memberi amaran hukuman lebih serius jika tertuduh melakukan kesilapan sama sekali lagi.

Sementara itu ketika ditemui media di luar mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan, Khamis ini.

Bekas teman lelaki Vivian, Alvin Tan telah lari ke Amerika Syarikat.

Vivian dan Alvin Tan didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut berupa gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan!!!)’ yang mengandungi logo halal dalam laman Facebook mereka.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada jam 9 pagi 13 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Alvin melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

PRU14: Rakyat Malaysia Mengundi 9 Mei

Malaysia Akhiri Cabaran Sukan Komanwel Dengan 7 Emas