KEDAH, 21 Mac – Cikgu tular yang terkenal dengan singlenya Oh Sayangku, Cikgu Meera selamat diijab kabul petang ini selepas asar.
Suaminya, Muhamad Aidilfitri juga merupakan seorang guru, dan kedua-duanya berasal dari Kedah.
Kenal semenjak di MRSM Pendang lagi, Cikgu Meera dan suami mula serius sejak lima tahun lalu ketika kedua-dua mereka melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru.
Cikgu Meera kini mengajar di Shah Alam sementara Muhamad mengajar di Melaka.
Cikgu Meera mula tular apabila netizen mengongsi video-video cover nyanyian Cikgu Meera. Beliau kemudian ditawarkan lagu hasil ciptaan penulis terkenal Eddie Hamid dan Nur Hakim.
Tahniah buat kedua mempelai.
Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram
GIPHY App Key not set. Please check settings