WASHINGTON, 16 Mac – Amerika Syarikat mengenakan sekatan kepada beberapa individu dan entiti Russia disebabkan campur tangan dalam pilihan raya AS dan serangan siber.
Namun sekatan tersebut tidak termasuk pemerintah dan pegawai kerajaan yang rapat dengan Presiden Vladimir Putin, menyebabkan ahli perundangan Replubikan dan Demokrat memaksa Presiden Donald Trump mengambil tindakan selanjutnya.
Semasa AS berada dalam tekanan untuk bertindak, Jabatan Perbendaharaan AS mengumumkan tindakan paling penting dibuat terhadap Moscow sejak Trump duduki Rumah Putih pada Januari 2017 yang lalu.
Selain mengenakan sekatan terhadap 19 individu dan lima entiti termasuk perkhidmatan perisik Russia, pentadbiran Trump buat pertama kali menyalahkan Moscow kerana membuat serangan siber sejak dua tahun yang lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings