in ,

Dato’ Sri Aliff Syukri Kecoh Restoran Diserbu

PETALING JAYA – Restoran milik jutawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri di Jalan PJU 5/20e Kota Damansara, di sini, diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu dipercayai berpunca dari kedudukan meja makan yang menghalang laluan.

MBPJ yang dihubungi akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.

Aliff melalui siaran langsung di akaun (FB Live) meluahkan kekecewaan terhadap tindakan pihak penguat kuasa yang juga  merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

Bagaimanapun, selepas serbuan dibuat, operasi restoran berkenaan berjalan seperti biasa.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Suatukala – Treler | VIDEO

Amerika Syarikat Sekat Entiti Russia