KUALA LUMPUR, 14 Mac – Bocey, juara Maharaja Lawak Mega dua kali tampil dengan program persembahan komedi secara langsung, Bocey & Friends Live.

Program yang bersiaran secara langsung di Astro ini dikemudi oleh Fad, Achey & Abam yang akan mengetengahkan elemen lakonan serta nyanyian.

Bagi memeriahkan lagi program, Bocey akan disertai rakan seperjuangan dari program Maharaja Lawak Mega dan selebriti undangan yang bukan pelawak.

Menariknya, identiti selebriti undangan setiap minggu hanya akan didedahkan ketika persembahan komedi sedang berlangsung.

Nasir Bilal Khan yang amat dikenali melalui watak Tok Adi dalam drama Tanah Kubur akan bertindak sebagai ‘Tukang Buka Panggung’ di mana beliau akan memberi pengenalan topik persembahan dan dipenghujungnya mengupas nilai-nilai positif yang terkandung dalam persembahan.

Bocey & Friends Live akan diiringi oleh barisan pemuzik di bawah pimpinan Dato’ Ramli MS

Bocey & Friends Live akan mula bersiaran secara langsung setiap Jumaat mulai 23 Mac 2018 jam 10 malam di Astro Warna.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini