KLANG – Watak animasi Jepun Doraemon dan kucing comel Hello Kitty mendorong Nur Sakeena Kamarol Zaman, 24, dan suaminya Saiful Nizam Hassan, 35, memilih tema itu bagi memeriahkan majlis perkahwinan mereka, 14 Januari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Nur Sakeena membelanjakan RM10,000 untuk membeli pelbagai aksesori dan menghias pelamin yang mempunyai kaitan dengan watak Doraemon dan Hello Kitty.
Menurutnya, majlis berjalan dengan lancar di kediaman keluarganya di Meru, Klang, Selangor , dia dan suami melakukan perancangan sejak setahun lalu.
“Pada usia 17 tahun saya jatuh hati pada karektor Hello Kitty manakala suami pula peminat tegar kartun Doraemon sejak kecil lagi.
“Dilayan sebagai raja sehari hanya sekali seumur hidup, jadi timbul idea untuk memeriahkan lagi majlis persandingan kami dengan mengangkat tema dua watak ini.
GIPHY App Key not set. Please check settings