Home Featured World Miss University Kini Tiba Di Malaysia

World Miss University Kini Tiba Di Malaysia

0
World Miss University Kini Tiba Di Malaysia

Malaysia telah dianugerahkan mandat untuk menjadi tuan rumah World Miss University ke-29, November ini.

Di sepanjang penganjuran program ini, dijangka lebih dari 100 pelajar wanita dari universiti seluruh dunia akan bertanding bukan sekadar kecantikan luaran sahaja tetapi lebih penting kemahiran intelektual mereka, personaliti yang menarik disamping nilai nilai kemanusiaan yang tinggi.

Pemenang dari pertandingan ini kelak akan diberi penganugerahan dan menjadi duta kepada World Miss University Peace Corps, dan menjadi wakil di dalam mewujudkan persefahaman masyarakat sedunia dan wakil keamanan di dalam menyebarkan mesej keamanan dan kesejahteraan global.

Kemuncak bagi Program World Miss University Peringkat Antarabangsa yang ke-29 akan berlangsung pada 28 November 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pencarian untuk wakil Malaysia pula akan bermula pada bulan Mei ini. Ia menjadi program pencarian World Miss University peringkat Malaysia yang pertama. Kemuncak program bagi mencari pemenang bagi Malaysia akan berlangsung pada 26 Julai 2018.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai World Miss University ke-29, boleh layari www.wmu.malaysia.com

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari