KUALA LUMPUR, 10 Mac – Filem biopik ‘Lee Chong Wei: Rise of the Legend’ yang bakal menemui penonton pada 15 Mac ini adalah sebuah lakon layar yang penuh dengan garapan semangat motivasi dan inspirasi.
Bagi pelakon utama filem berkenaan, Tosh Chan, filem ini secara sendiri memberi semangat motivasi kepada dirinya agar tidak mudah mengalah dan terus bersemangat.
“Filem ini mengajar kita mengenai nilai-nilai murni sebagai manusia. Ia penuh dengan motivasi. Bagi saya, ia adalah satu penghormatan untuk melakonkan watak utama sebagai Lee Chong Wei. Kesungguhannya memberi saya lebih inspirasi untuk memainkan watak beliau dengan lebih baik,” katanya.
GIPHY App Key not set. Please check settings