Pemenang Pertandingan Foto The City of Elmina ‘This is How Life Should Be’ DiUmum | VIDEO

Juara membawa pulang hadiah bernilai RM15,000.

0
757

Pemenang pertandingan fotografi The City of Elmina ‘This is How Life Should Be’ diumumkan baru-baru ini oleh Sime Darby Property.

Tahniah kepada Pemenang Hadiah Utama (Kategori Profesional), Encik Mohammad Norfarhan bin Baharon yang memenangi Bengkel Fotografi yang dijalankan oleh Zung di Jepun bernilai RM15,000.

Ti Shu Herng, Pemenang Hadiah Utama (Kategori Telefon Mudah Alih), telah dihadiahkan dengan kamera profesional Canon EOS 80D dan set bateri bernilai RM12,000 oleh Presiden & CEO Canon Marketing Malaysia, Encik Andrew Koh.

Pemenang gambar yang paling disukai di media sosial, Encik Khor Heaw Keang, membawa pulang iPhone 8.

Pertandingan foto ini berlangsung dari 24 Oktober hingga 31 Disember 2017, dan peserta dikehendaki menghantar 2 keping foto untuk tema Lanskap dan Gaya Hidup sama ada dalam kategori Kamera Profesional atau Kamera Telefon.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari