Seorang remaja Iran menjadi tular setelah berkongsi foto-foto mukanya yang diubah untuk kelihatan seperti idolanya, Angelina Jolie.

Bukan sahaja dia merubah hidungnya, pipi dan mata malahan dia berdiet selama berbulan sehingga bertanya turun ke paras bahaya, 40kg.

Sahar Tabar, 19 tahun mendakwa telah melakukan lebih dari 50 pembedahan plastik untuk menyerupai bintang Maleficent, namun dia kelihatan lebih serupa kepada watak fiksyen tersebut berbanding Angelina Jolie yang jelita.

Foto-fotonya menyaksikan akaun Instagram beliau diikuti oleh lebih 350,000 orang.

This slideshow requires JavaScript.

 

Namun ada yang mempertikaikan cerita ini dengan beranggapan ianya mungkin hanya solekan FX yang ekstrem.

Tiada mana-mana pihak media di Iran dapat mengesahkan sama ada ianya adalah pembedahan plastik atau tidak.

Dalam sebuah video yang dimuat naik 3 hari lepas, muka Sahar nampak lebih normal, dengan pipi yang lebih berisi dan hidung yang nampak normal.

Namun tidak dapat dipastikan bila video tersebut dirakam.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari