Thursday, November 7, 2019

Kanser Tahap 4, Elyana Lega Dapat Buka Rahsia | VIDEO

Takut untuk melelapkan mata setiap malam.

916
1

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Penyanyi Elyana mengejutkan penonton Gegar Vaganza 4 dengan mendedahkan bahawa dirinya menghidap penyakit kanser Limfoma tahap empat.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, dia sudah menderita penyakit tersebut sejak tujuh tahun lalu dah hanya keluarga dan sahabat terdekat yang mengetahui mengenainya.

“Saya pasrah apabila doktor memberitahu saya mengalami kanser tujuh tahun lalu, sebaik saya melahirkan anak saya. Sudah berpuluh-puluh kali rawatan kemoterapi saya jalani dan macam-macam jenis ubat-ubatan yang ditelan.

“Ubatnya sekarang saya hanya perlu sentiasa gembira dan tidak terlalu berfikir tentang penyakit ini. Buat masa sekarang, saya berhenti menjalani rawatan kemoterapi dan ingin mencuba alternatif lain,” ujar Elyana dalam keadaan tenang namun berlinang air mata.

Ditanya lanjut tentang penyakitnya itu, Elyana mengatakan apabila penyakit itu menyerang dia akan berasa lemah badan dan terutama pada waktu malam, jantungnya umpama terhenti.

“Saya paling takut waktu malam kerana takut untuk tidur. Badan mudah menjadi lemah dan takut jantung terhenti kerana kanser sudah merebak ke jantung dan paru-paru.

“Bagaimanapun, Allah masih panjangkan usia sehingga hari ini. Saya masuk GV4 pun kerana saya mahu sebelum ‘pergi’, saya mahu peminat tengok saya di pentas yang cantik dalam keadaan yang gembira,” jelas Elyana.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

1 ULASAN

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari