Konsert kelima Gegar Vaganza 4 bertemakan ‘Kaum Kerabat’ menyaksikan Aishah menduduki tempat pertama.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Elyana apabila diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir.

Lebih mengejutkan lagi apabila Elyana mengumumkan beliau menghidap kanser tahap 4.

Baca lagi mengenai – ELYANA MENGHIDAP KANSER LIMFOMA

Lapan bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterusnya adalah Liza Hanim, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha dan Firman Siagian.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk M. Nasir.

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh sembilan bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

  1. Aishah – 75%
  2. Hazami – 74.4%
  3. Firman – 74%
  4. Liza Hanim – 72.8%
  5. Lan – 69.8%
  6. Syura – 69%
  7. Aqasha – 68.4%
  8. Tia Jinbara – 68.2
  9. Elyana – 59.4%

Sementara itu, Elyana yang mempersembahkan lagu Sepi sekali lagi dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari