InTrend sudah 12 tahun dipersada dunia kecantikan Malaysia. Tidak hairanlah mereka menyambut ulangtahun mereka dengan hebat sekali.

Dengan tema neon dan zodiak, Intrend Gala 2017 dihangatkan dengan kehadiran selebriti tanahair dan A ‘lister’.

Acara bermula dengan persembahan DeFam dan pentas kemudian dihangatkan dengan pertunjukan fesyen 12 pereka lokal pilihan InTrend iaitu Datuk Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini, Nurita Harith, Syaiful Baharim, Rico Rinaldi, MimpiKita, Brian Khoo, Syomirizwa Gupta, Innai Red, Azura Mazaruddin, Zerry Zamry dan Afiq M.

Senarai pemenang anugerah yang dipertandingkan:

Anugerah Wajah Sampul: Fattah Amin
Anugerah Supermom Malaysia: Zarina Zainuddin
Anugerah Jurusolek Popular: Khir Khalid
Anugerah Pakar Dandanan Popular: Ckay Liow
Anugerah Selebriti Paling Menawan: Neelofa
Anugerah Suri Teladan Inspirasi: Neelofa
Anugerah Lelaki Dambaan: Syafiq Kyle
Anugerah Social Media Influencer: Vivy Yusof
Anugerah Bintang Paling ‘Viral’: Dato’ Seri Vida
Anugerah Pereka Selebriti Popular: Rizman Ruzaini
Anugerah Model Terhangat: Shikin Gomez
Anugerah Selebriti Fesyen Ikonik: Scha Alyahya
Anugerah Khas, Anugerah Adi Teladan: Neelofa

Para jemputan juga dihiburkan oleh persembahan Dayang Nurfaizah, Marsha, De Fam, DJ Nazkimo dan Hael Husaini.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini