Bestseller Kini Di Malaysia – Bestseller presents The Vibe | VIDEO

Tiga jenama popular Bestseller iaitu Jack & Jones, Vero Moda dan Only direka khas bagi memenuhi permintaan peminat fesyen.

579
0

Syarikat fesyen antarabangsa dari Denmark, Bestseller membuka butik pertamanya di pusat beli-belah Suria KLCC baru-baru ini.

Ia telah beroperasi sejak 25 tahun lalu.

Rentetan itu, Bestseller mahu menembusi pasaran di Asia Tenggara menerusi pelancaran kedai pertamanya di Malaysia.

Menurut Pengasas Bersama Bestseller, Dan Friis, syarikatnya melihat pasaran Malaysia berpotensi besar dalam mengembangkan perusahaan tersebut khususnya dalam rantau Asia Tenggara.

“Sebab utama kami membawa jenama ini ke Malaysia adalah disebabkan sektor pemborongan pakaian dan kesedaran masyarakat mengenai perihal fesyen di sini.

 

Tiga jenama popular Bestseller iaitu Jack & Jones, Vero Moda dan Only direka khas bagi memenuhi permintaan peminat fesyen.

Jack & Jones menawarkan fesyen berkualiti untuk lelaki sementara Vero Moda memenuhi kehendak wanita.

Only pula lebih ceria dan remaja. Dari jeans ripped hinggalah ke body curved t-shirt.

Ketiga-tiga jenama tersebut ditawarkan di kedai Bestseller yang terletak di pusat beli-belah Suria KLCC.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini