Konsert ke-4 GegarVaganza 4 menyaksikan Hazami berjaya berada di tangga teratas, berduet bersama Azharina Azhar.

Dengan tema ‘Berdua Lebih Baik’, konsert empat ini menyaksikan Hazami menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 86%.

Tuah tidak berpihak kepada Haida Hafiz apabila dia diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir.

Sembilan bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterusnya adalah Liza Hanim, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, dan Elyana.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh 10 bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

  1. Hazami – 86%
  2. Liza Hanim – 83.6%
  3. Aishah – 80.6%
  4. Firman Siagian – 67.8%
  5. Tia Jinbara – 67.8%
  6. Lan Kristal – 67.8%
  7. Elyana- 65%
  8. Syura – 61%
  9. Aqasha – 61%
  10. Haida – 53.2%

Elyana yang mempersembahkan lagu Aku Yang Tersakiti duet bersama Aepul Drama Band dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari