NEW YORK, 15 Nov – Hasil seni menggambarkan Jesus Christ berusia lebih 500 tahun dipercayai dilukis Leonardo Da Vinci, dijual di New York pada harga AS$450.3 juta (RM1.8 bilion).

Ia sekali gus mencipta rekod baharu lelongan barangan seni, kata pusat lelongan Christie’s.

‘Salvator Mundi’ yang dihasilkan pada 1500, dijual selepas 18 minit bidaan dalam jualan bersejarah itu.

Lukisan tersebut dilukis oleh Leonardo untuk Louis XII di antara 1506 & 1513 di Perancis.

Lukisan tersebut telah berpindah tangan sekurang-kurangnya 7 kali sebelum ini. Ramai pakar yang mengatakan ianya bukan hasil karya Leonardo Da Vinci.

Namun pada 2005, lukisan tersebut telah dibaiki dan disahkan sebagai hasil karya Leonardo. Sehingga kini hanya terdapat lebih kurang 20 sahaja karyanya yang disahkan.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini