Hujung minggu lalu, faNORAtik, kelab peminat Nora Ariffin menganjurkan majlis Sepetang Bersama Nora.

Lebih 200 orang peminat hadir di Bangi. Majlis diserikan dengan acara menarik seperti pertandingan menyanyi dan cabutan bertuah.

Pada acara yang sama, Nora juga membuat sesi pra dengar single terbarunya yang akan muncul tidak lama lagi – Ada Dalam Tiada.

Nora yang dalam proses menghasilkan album tribute buat arwah suami nampak tenang sepanjang majlis walaupun nampak agak sedih ketika ditemuramah.

Menurut anaknya, Alif Johan, ibunya banyak meluangkan masa bersama anak-anak dan cuba menyibukkan diri agar tidak banyak termenung.

Nora baru-baru ini muncul di Anugerah Skrin 2017 selepas 7 bulan menyepi diri setelah pemergian arwah suami, Johan Nawawi.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini