Emirates adalah salah satu syarikat penerbangan yang terkemuka di dunia.

Tetapi sekarang, pengangkut udara terbesar Timur Tengah itu mempersembahkan suite kelas pertama yang serba canggih.

Akan dibuka untuk penerbangan komersil bulan depan, kabin yang terselindung sepenuhnya berkeluasan 40 kaki persegi (3.7 meter persegi) dengan privasi yang tidak dapat ditandingi, termasuk hidangan gourmet pada bila-bila masa dan TV 32″.

Diperkenalkan di Pameran Udara Dubai Ahad lalu, suite-suite itu direka untuk menarik perhatian. Pintunya dari lantai ke siling untuk privasi maksimum, suite juga dilengkapi dengan sepasang teropong bagi menikmati pemandangan dari udara.

Mereka yang berada di lorong tengah juga tidak akan ketinggalan dengan virtual window yang memaparkan pemandangan luar pesawat yang dirakam secara langsung melalui kamera luaran.

Suite-suite juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh, almari pakaian peribadi dan ruang penyimpanan peribadi untuk beg-beg; pencahayaan dan suhu yang boleh dikawal dengan sentuhan butang.

Sementara itu, kerusi kulit boleh diletakkan dalam kedudukan sifar graviti, atau diselaraskan ke puluhan posisi lain untuk keselesaan optimum.

Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata kabin diilhamkan oleh Mercedes-Benz S-Class, manakala kerusi sifar graviti direka dengan teknologi NASA.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari