Konsert ketiga Gegar Vaganza dengan tema ‘Berani Ke Tidak’menyaksikan Liza Hanim menduduki tempat pertama sementara Firman dan Lan Kristal berada di tiga teratas.

Ini merupakan kali kedua Liza Hanim berada di kedudukan teratas dua minggu berturut.

Nasib pula tidak menyebelahi Raja Azura apabila tersingkir pada minggu ini. Perbezaan 0.2 mata menyaksikan Elyana terselamat.

10 bintang yang berjaya meneruskan perjuangan adalah Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, dan Elyana.

Seperti biasa semua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Yusof Haslam.

Keputusan & markah minggu kedua Gegar Vaganza 4 

1. Liza Hanim – 83.40%
2. Firman Siagian – 77.60%
3. Lan Kristal – 77.60%
4. Hazami – 75.60%
5. Tia Jinbara – 75.60%
6. Aishah – 75.40%
7. Syura – 73.8%
8. Haida – 71.8%
9. Aqasha – 63.4%
10. Elyana – 61.4%
11. Raja Azura – 61.2%

Sementara itu, Liza Hanim yang mempersembahkan lagu berjudul Lagu Untukmu nyanyian asal kumpulan Meet Uncle Hussein dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini