KUALA LUMPUR, 3 Nov – Drama “Pesan Dari Tuhan” dinobatkan Drama Terbaik manakala pengarahnya, Erma Fatima diumumkan Pengarah Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2017 malam ini.

Drama terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd itu mengetepikan 17 drama lain yang turut dicalonkan bagi kategori tersebut.

Pesan Dari Tuhan juga meletakkan Erma Fatima sebagai pemenang bagi Lakon TV Terbaik dan Remy Ishak sebagai Pelakon Pembantu Terbaik.

Dalam pada itu, filem Hanyut arahan U Wei Haji Saari merangkul filem terbaik selain turut memenangi tiga kategori lain iaitu Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Filem Terbaik (Khalid Salleh), Pelakon Pembantu Wanita Filem Terbaik (Diana Danielle).

Anugerah Skrin 2017 mempertaruhkan 33 kategori, dengan 13 daripadanya diumumkan pada acara prelude yang diadakan pada sebelah petang.

Jika acara kemuncaknya menyaksikan gandingan Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk Balas sebagai pengacara, acara prelude pula dikendalikan Haiza dan Issey Fazlisham.

Acara anugerah turut menyaksikan persembahan daripada Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Stacy, SalamMusik, Mark Adam, Issey, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak, Azira Shafinaz, Black dan Jaclyn Victor.

Keputusan penuh Anugerah Skrin 2017:

Kategori Drama:

1. Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan

2. Pengarah Terbaik Drama: Erma Fatima (Pesan Dari Tuhan)

3. Lakon TV Terbaik: Pesan Dari Tuhan

4. Pelakon Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)

5. Pelakon Wanita Terbaik: Fasha Sandha (Terima Kasih Ramadan)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Remy Ishak (Pesan Dari Tuhan)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Azizah Mahzan (Terima Kasih Ramadan)

8. Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender

9. Pelakon Komedi Terbaik: Ellie Suriaty (Papa Sayang)

10. Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat

11. Videografi Terbaik: Terima Kasih Ramadan

12. Suntingan Terbaik: Terima Kasih Ramadan

13. Drama Rantaian Popular Media Sosial: Pergilah Air Mata

Kategori Filem:

1. Filem Terbaik: Hanyut

2. Pengarah Terbaik: U-Wei Saari

3. Lakon Layar Terbaik: Hanyut

4. Pelakon Lelaki Terbaik: Khir Rahman (Rock Bro)

5. Pelakon Wanita Terbaik: Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Khalid Salleh (Hanyut)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Danielle (Hanyut)

Kategori Program dan Majalah:

1. Rancangan Majalah Terbaik: Misi-K 2016 (Misi Kemanusiaan Pulau Cebu, Filipina)

2. Rancangan Realiti Terbaik: Mentor Milenia 2017 Akhir

3. Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 31

4. Rancangan Dokumentari Terbaik: Jejak Rasul As Salam 2017 (Batu Terapung)

5. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Wanita Hari Ini (Khunsa)

6. Rancangan Hiburan Terbaik: Melodi Raya

7. Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama (Ulat Parkir)

8. Videografi Terbaik: Mahligai Cinta

9. Suntingan Terbaik: Mana Kawan Adik

10. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung: Anugerah Juara Lagu 31

11. Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung: 3 Juara

12. Reka Bentuk Set Terbaik: Rentak Juara ke-17 Akhir

13. Montaj Terbaik: Anugerah Juara Lagu 31

 

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari