Apple Memperkenalkan iPhone X | FOTO
in , , , ,

iPhone 8 & 8 Plus Dengan Pengecas Tanpa Wayar Mula DiJual Lusa | VIDEO & FOTO

Apple telah secara rasminya memperkenalkan iPhone 8 dan 8 Plus yang mempersembahkan pemproses lebih laju, True Tone display dan kamera yang ditambah baik.

Walaubagaimanapun rekabentuk kasar iPhone 8 nampak sama dengan model yang syarikat tersebut perkenalkan pada tahun 2014 bermula dari iPhone 6 dan 6 Plus.

This slideshow requires JavaScript.

Perubahan paling ketara adalah dalam bentuk penggunaan kaca dibelakang telefon. Ia dibuat bagi membolehkan penggunaan pengecas tanpa wayar.

Seperti iPhone 7, masih tiada kelibat jack 3.5mm untuk fonkepala.

Apple telah memilih untuk mengikut standard pengecas Qi yang sudah diguna pakai secara meluas di serata dunia.

Paparan/display iPhone 8 juga telah dipertingkatkan dengan teknologi True Tone, sama seperti yang digunakan pada iPad Pro. Warnanya lebih tepat dan skrin akan berubah mengikut kesesuaian secara automatik.

Apple juga memperkenalkan cip A11 Bionic. Ia merupakan cip 6-core yang 25% lebih pantas daripada A10.

iPhone 8 mempunyai kamera dengan sensor 12-megapiksel yang lebih besar, laju dan akhirnya mempunyai optical image stabilization. Pada 8 Plus, terdapat “Portrait Lighting” yang akan mengawal pencahayaan bagi fotografi potret terbaik. Semua ini juga, menurut eksekutif Apple Phil Schiller menjadikan iPhone 8 telefon pintar dengan perakam video berkualiti paling tinggi setakat ini. iPhone 8 mampu merakam dalam 4K/60fps. Ia juga sekarang boleh merakam video slow motion dengan lebih baik dalam resolusi 1080p pada kelajuan 240fps, dua kali ganda iPhone 7s.

Apple juga gah menyatakan bahawa iPhone 8 adalah telefon pertama direka untuk augmented reality dangan kamera yang dikalibrasi untuk AR, gyroscope dan accelerometer baru untuk kelancaran pengesanan.

iPhone 8 datang dalam tiga warna: space grey, perak dan emas. Harganya bermula daripada $699 untuk model 64GB sementara 8 Plus bermula daripada $799. Tempahan bermula Jumaat, 15 September dan akan mula berada di pasaran pada 22 September.

Lihat juga iPhone X di sini.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

McDonald’s Korea Chief Expresses Regret Over Burger Scandal

Apple Memperkenalkan iPhone X | FOTO