in , , ,

Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan & Perbarisan Perpisahan dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara | VIDEO & FOTO

Tan Sri Khalid Abu Bakar secara rasminya bersara sebagai Ketua Polis Negara semalam.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara dan Penyerahan Tongkat Kuasa berlangsung di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Ia disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

This slideshow requires JavaScript.

Di sebelah petangnya Majlis Perbarisan Perpisahan dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara berlangsung di PULAPOL.

Khalid, yang berasal dari Seremban, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM. Mula berkhidmat sebagai inspektor pada 5 Dis 1976.

Pada 17 Mei 2013, Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut BERNAMA, Tan Sri Khalid ingin belajar memasak setelah bersara dari PDRM.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Puteri Mako Pilih Rakyat Biasa Sebagai Teman Hidup | VIDEO & FOTO

Remaja Dengan Penyakit Otak Dirantai Lebih 10 Tahun Kerana Tidak Mampu Dapatkan Bantuan | FOTO