KUALA LUMPUR 1 Sept. – Sejak ditayangkan pada 24 Ogos, filem Abang Long Fadil 2 sudah mengutip RM5 juta di pawagam seluruh Malaysia.
Filem aksi komedi yang dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Wak Doyok dan Tania Hudson menjadi pilihan ramai penonton lebih-lebih lagi cuti panjang ini.
Filem arahan Syafiq Yusof itu pada awalnya ditayangkan sebanyak 130 buah pawagam tetapi kini meningkat kepada 135 lokasi tayangan termasuk di Brunei dan Singapura.
GIPHY App Key not set. Please check settings