Home Berita Khairul Hafiz Raja Pecut Asia Tenggara | VIDEO

Khairul Hafiz Raja Pecut Asia Tenggara | VIDEO

0
Khairul Hafiz Raja Pecut Asia Tenggara | VIDEO

Khairul Hafiz Jantan menamatkan penantian emas 14 tahun buat Malaysia dalam acara pecut 100 meter apabila memenangi perlumbaan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Raja Pecut Asia Tenggara

Pelari berusia 19 tahun dari Melaka, muncul juara selepas melintas garisan penamat acara riben biru itu dalam masa 10.38s, mengatasi juara bertahan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dengan catatan 10.43s.

Khairul Hafiz Jantan berjaya meraih pingat emas dlm acara 100M lelaki akhir Sukan SEA. Foto. Harian Metro

Peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun yang turut mencatatkan 10.43s terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa berdasarkan photo finish, manakala seorang lagi wakil negara, Jonathan Nyepa dari Sarawak menamatkan larian di tempat kelima dalam masa 10.66s.

Khairul meletakkan namanya sebaris dengan pemenang emas negara dalam acara tumpuan itu, termasuk Tan Sri Dr M Jegathesan (1965), G Rajalingam (1967) dan Nazmizan Muhammad (2003).

Esok Khairul Hafiz akan beraksi dalam acara 200m.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari