Home Gaya Hidup F8Buzz Dakwah Aidiladha Akan Disambut 1 September | VIDEO

Aidiladha Akan Disambut 1 September | VIDEO

0
Aidiladha Akan Disambut 1 September | VIDEO

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 1 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 Sept 2017,” katanya ketika mengumumkannya secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari