Minggu kedua CleverGirl Malaysia lebih panas dengan setiap peserta lebih berani mencuba menjawab soalan yang diberi.

Seperti biasa, soalan yang diberi agak sukar di jawab, apatah lagi dengan kamera dan penonton memerhati.

Namun tingkah laku beberapa peserta menarik perhatian para penonton di studio. Peserta dari Perak, Sara sering kali nampak kecewa, menekan buzzer berkali-kali namun tidak menyala untuk peluang menjawab. Pemenang minggu pertama pula nampak lebih pasif, kemungkinan besar kerana mempunyai imuniti dari penyingkiran.

Konsul Ain, peserta Pahang yang tersingkir di minggu pertama bercahaya merah.
Alif Satar, hos CleverGirl Malaysia 2017 bersedia di hadapan peserta.
Syafika dari Sabah kelihatan bersedia di samping Kiera dari Pulau Pinang.
Minggu kedua bermula.
Para peserta di penghujung rancangan.
Para peserta di penghujung rancangan.
Shaza, juara minggu kedua.
Alia dari Melaka tersingkir di minggu kedua.

Keputusan minggu kedua, Shaza dari Kelantan menjadi juara dan sekali gus memperolehi imuniti untuk minggu ini. Sementara itu Alia dari Melaka menjadi peserta kedua tersingkir.

Ikuti Facebook F8Buzz untuk lebih berita terkini dari CleverGirl Malaysia 2017.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini