KUALA LUMPUR, 17 Ogos – 2 hari lagi sebelum perasmian Sukan SEA ke 29, persediaan nampak sudah hampir siap.
Antara yang pasti menarik adalah Majlis Perasmian Sukan SEA di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini.
Semestinya ia akan menjadi gemilang dan untuk memastikannya, beribu lampu LED telah di pasang di tempat duduk stadium.
Pemilik akaun @stadium_bukitjalil dalam salah satu posting terkini Instagramnya telah memohon bantuan rakyat Malaysia dalam memastikan semuanya berjalan lancar.
Sekadar peringatan tetapi berdasarkan tingkah laku sesetengah rakyat di acara-acara besar sebelum ini ianya peringatan wajar.
Pihak stadium berharap agar para penonton tidak mengusik lampu-lampu LED yang telah dipasang. Penggunaan lampu denyar/flash dan laser juga dilarang.
Mengikut pengalaman jurufoto F8Buzz, lampu denyar/flash tiada fungsinya dalam mendapatkan foto subjek yang lebih dari 10 kaki dan semestinya untuk selfie hasilnya tidak menarik. Jadi switch off flash anda.
Harapannya rakyat Malaysia yang selalu menganggap diri sudah cukup dewasa dan bijak dapat menjadikan perasmian Sukan SEA 2017 ini satu majlis yang hebat dan gemilang.
Bak kata @Stadium_Bukit Jalil – Ubah Mentaliti!
GIPHY App Key not set. Please check settings