Kuala Lumpur, 16 Ogos – Dua hari lagi pembukaan rasmi Sukan SEA ke 29, dan Malaysia telah bermula dengan baik. Malaysia meraih 1 pingat emas, perak dan gangsa.
Pingat emas pertama negara datang dari Stadium Tertutup Titiwangsa apabila pemain Chinlone negara menang dengan 391 mata menewaskan Filipina yang mengumpul 271 mata.
Malaysia seterusnya bergembira apabila Fatin Nurfatehah Mohd Salleh memberi pingat gangsa negara dari arena memanah.
Gagal mempertahankan pingat emas bagi acara compound individu, Fatin mengalahkan Dellie Threesyadinda dari Indonesia dengan mengutip 143 mata berbalas 141 mata.
Pemanah Malaysia kecewa sekali lagi apabila pemanah pilihan negara, Mohd Juwaidi hanya mampu menyumbang pingat perak dari acara sama, compound individu lelaki. Juwaidi kalah kepada peserta muda Indonesia, Prima Wisnu Wardhana, 144 mata berbalas 145 mata.
Selain itu, skuad bola jaring dan bola sepak negara masing-masing berjaya mengalahkan musuh tradisi mereka Singapura di dalam perlawanan masing-masing.
Malaysia mengawal sepenuhnya perlawanan bola jaring di Bukit Kiara dan menang selesa dengan 50 berbalas 37. Malaysia dijangka akan bertemu Singapura kembali di perlawanan akhir.
Sementara itu penyokong Harimau Malaya terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan cantik dari Amiruldin Nodin, pemain Singapura di separuh masa pertama.
Namun, Malaysia dengan kemasukkan N. Thanabalan dan Nor Azam di separuh masa kedua nampak garang. Nor Azam menyamakan kedudukan sebelum N. Thanabalan menjaringkan gol kemenangan.
Esok, Malaysia akan berpeluang untuk meraih pingat lagi melalui acara memanah, sepak takraw dan renang berirama.
GIPHY App Key not set. Please check settings